"Saya mula berdaftar sebagai host Kami Sempoi International Agency (KSIA) pada 14hb April 2022.
Alhamdulillah daripada saya tidak tahu apa-apa mengenai tiktok, dengan bimbingan pihak pengurusan Kami Sempoi International Agency (KSIA) banyak benda yang saya dapat belajar.
Pihak pengurusan banyak membimbing saya dengan mengadakan kelas setiap hari Isnin & Rabu serta mesyuarat mingguan setiap hari Sabtu. Kelas bimbingan itu sangat-sangat membantu saya mempelajari lebih banyak ilmu sebagai "influencer" di tiktok. Bukan itu sahaja, saya banyak belajar daripada host-host lain yang sentiasa berkongsi pengalaman masing-masing.
Yang paling best, saya dapat jana pendapatan di tiktok. Tetapi, tanpa bimbingan daripada pihak pengurusan KSIA serta host-host yang lebih berpengalaman, saya tidak akan sampai ke tahap ini.
Terima kasih kepada semua pihak pengurusan KSIA atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga saya terus konsisten & capai target dalam KSIA & kehidupan."
Kak Wani Mohd F@wanie_mohd_f